Rabu, 18 Mei 2011

Jangan Mengahwini Enam Jenis Wanita

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


Terdapat ungkapan yang masyhur di kalangan bangsa Arab berkenaan wanita yang haruslah dijauhi utk dinikahi iaitu :

1. Annanah - Yang selalu mengeluh. Misalnya terus menerus mengikat kepalanya. Kerana tidak ada gunanya mengahwini wanita yang sakit @ sentiasa berpura2 sakit

2. Mannanah - Yang gemar mengungkit2 jasa yang pernah dilakukan oleh suaminya.

3. Hannanah - Yang selalu menyatakan rindunya kepada suami yang terdahulu atau kepada anak suami yang terdahulu.

4. Haddaqah - Yang apabila ia melihat sesuatu, ia ingin memilikinya dan mendesak suami membelikannya.

5. Barraqah - Yang banyak menghabiskan waktu sepanjang hari untuk berhias dan menyolek wajah. ia juga bermaksud seorang yang sering marah kerna tidak pernah puas dan selalu makan bersendirian meninggalkan suaminya.

6. Syaddadah - Wanita cerewet yang tidak henti2 bercakap dan kesukaannya hanyalah berbual.

SUMBER ASAL : MAJALAH NUR

0 comments: