*** Bismillahirrahmanirrahim ***
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***
Berikut adalah keadaan solat kepada makmum yang ketinggalan dengan imam dan tidak sempat bertakbiratul ihram pada rakaat pertama solat Jumaat:
- Makmum takbiratul ihram pada rakaat kedua imam sewaktu berdiri imam membaca fatihah atau surah: Selepas imam memberi salam kedua, maka makmum hendaklah segera bangun kemudian menyempurnakan baki 1 rakaat lagi.
- Makmum takbiratulihram pada rakaat kedua imam sewaktu imam rukuk dan sempat rukuk bersama imam: Selepas imam memberi salam kedua, maka makmum hendaklah segera bangun kemudian menyempurnakan baki 1 rakaat lagi.
- Makmum takbiratul ihram pada rakaat kedua imam tetapi tidak sempat rukuk bersama imam: Selepas imam memberi salam kedua, maka makmum hendaklah segera bangun kemudian menyempurnakan baki 4 rakaat. Solat makmum jadi solat zohor.
- Apakah perlu berniat zohor sewaktu takbiratul ihram?
Ada dua pendapat. Pendapat pertama, memadai dengan niat Jumaat. Pendapat kedua, diniatkan Zohor.
0 comments:
Catat Ulasan