Rabu, 8 Disember 2010
AFA 14:Sunat Hai'ah & Ab'adh
*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***
  
  
Perkara-perkara   sunat semasa solat ada dua: 
1. Sunat Hai'ah
2. Sunat Ab'adh
Sunat Hai'ah ada 15 perkara:
       1. Mengangkat tangan ketika   Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat   kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan   mengangkat tangan)
2. Meletakkan perut tangan   kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada   atau di atas pusat.
3. Membaca doa   tawujud/iftitah. 
4.   Membaca A'uzubillah 
5. Membaca Al-fatihah dan   surah dengan suara yang kuat (jahar) pada masa-masa yang ditentukan. 
6. Membaca amin selepas   fatihah 
7. Membaca surah al-Quran di   rakaat pertama dan kedua selepas bacaan al-Fatihah
8. Membaca tasbih ketika   rukuk 
9. Membaca tasbih ketika   rukuk       10. Membaca tasbih ketika   sujud 
11. Membaca tasbih ketika   bangkit dari rukuk 
12. Meletakkan kedua tangan   di atas peha dengan melepaskan jari kesemuanya 
13. Duduk iftirasy pada semua   duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri 
14. Duduk Tawarruk iaitu   duduk tahiyat akhir 
15. Salam yang kedua 
Sunat Ab'adh ada 7 perkara: 
1. Tahiyat awal. Doa tahiyat   awal 
2.   Selawat didalam Tahiyat awal 
3. Duduk Tahiyat 
4. Doa qunut waktu subuh dan   pada solat witir. 
5. Selawat di dalam qunut
6. Berdiri semasa qunut
7. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyat akhir.
**Sekiranya tertinggal sunat Ab'adh, maka disunatkan ia sujud sahwi; manakala tertinggal sunat hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi.***
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 comments:
Catat Ulasan