Khamis, 2 Disember 2010

DAHULU DAN SEKARANG

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

Hakikat perbezaan lelaki dahulu dan juga sekarang. Owh, ini bukan entri deskriminasi gender tapi realiti, wanita juga macam tu jugak. Tapi, hakikatnya lelaki yang memimpin. Lelaki yang akan jadi pemimpin kepada wanita. Lelaki yang akan menjadi kapten dan ketua keluarga dalam rumahtangganya nanti, benar? Andai kata, kapten dalam sesebuah kapal terlalai daripada menjalankan tugas-tugasnya pasti akan berlaku kepincangan dalam ahli-ahli kapal tersebut.


dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah,Saifullah.
tokoh ramai tak terkira.

kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya,boneka Yahudi.

dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati
lelaki kami menjaga,melindungi,
kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat,perogol bersiri.


dulu,
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,

kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.

dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,
kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas,binasa.

dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,

kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia seisinya

dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad tekun berdakwah,

kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan,tenaga tak dikerah.

dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,

kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,

kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri sering bertelingkah.
kembalilah lelakiku,
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,

Acuan madrasah Rasul~


(dipetik dari Syabab Musafir Kasih,Fatimah Syarha Mohd. Noordin)

"Kami rindukan lelaki dahulu, acuan madrasah Rasul". Benar, sangat besar perbezaan lelaki dahulu dan kini. Masih punyakah lelaki kini peribadinya sehebat Saidina Ali Karamallahu Wajhah? Yang pada zaman mudanya diiisi dengan perjuangan-perjuangan keislaman? Apatah lagi para mujahidin Islam yang lain. TERlalu jauh peribadinya jika dibandingkan kini....

Lelaki yang akan menjadi pemimpin, lelaki yang seharusnya melindungi, maka mengapa kini keadaannya jauh berubah sekali? Muslimah, inikah calon suami anda?


atau ini?

Memang sukar untuk kita menjadi seperti mereka, tapi contohilah mereka, akhlak mereka, peribadi mereka, insyaallah Allah membantu. Mungkin sukar untuk kita menjadi sehebat mereka tapi boleh bukan mendidik hati untuk berjinak dengan ilmu agama, perbekalkan dirimu dengan ilmu pengetahuan, hiasilah dirimu dengan akhlak yang mulia. Insyaallah, jika lelaki kini berusaha untuk berubah menjadi insan tebaik, maka wanitanya juga akan terpelihara. Wanitanya juga akan turut berubah menjadi insan yang lebih dihormati bukan seperti wanita kini yang lebih banyak tergadai maruah dirinya.
Siapa soleh dapat solehah! Remember that~ =D
p/s: peringatan bersama, bermuhasabah mengenali siapa kita kini sebenarnya? =)(zahir zakaria)

0 comments: