Rabu, 8 Disember 2010

Tips perubatan islam

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

Assalamualaikum.

Sabda Rasulullah,

"Pengubatan (penyembuhan) ada 3 iaitu minum madu, dilukai dengan alat hijamah (bekam), dibakar dengan besi panas (kai) dan aku larang umatku melakukan pengubatan dengan kai"

Makanan untuk pesakit.

Bubur Tarbinah dibuat dari susu, madu dan kurma atau susu yang dicampur dengan tepung. Susu, madu dan kurma merupakan pemakanan seimbang yang kaya denganvitamin dan zat galian serta mempunyai unsur pemakanan yang lengkap. Pengubatan moden juga menyetujui agar pesakit diberi makanan yang lembut, mudah hadam dan zat seimbang.

Cara Hadapi Penyakit.

Berbaik sangka dengan Allah dan meminta penyembuhan pada Allah. Manusia hanya layak berusaha dan berikhtiar.

Terdapat 4 teknik pengubatan iaitu melalui:

1. Solat.

Solat adalah tiang agama. Solat juga mempunyai maksud tersirat dalam perubatan.

Antaranya ialah melalui:

* wuduk- menggunakan air bersih lagi suci dapat menyucikan kotoran dan penyakit jasmani sepanjang yang dapat dilalui oleh air tersebut.

* Bacaan doa - dapat menenangkan fikiran, melapangkan dada, timbulkan rasa tawakal dan keberanian menghadapi kehidupan dunia dan akhirat. Penyakit zaman moden- fikiran serabut.

* Gerak geri dalam solat - berdiri, ruku',sujud, duduk adalah untuk kesihatan jantung, ringankan penyakit reumatik, hindarkan penyakit pinggang, lancarkan kerja otot, aliran darah, perbetulkan kedudukan janin bagi ibu-ibu mengandung dan merendahkan tekanan darah tinggi.

2. Puasa

Matlamat utama puasa melahirkan rasa takwa pada Allah. Disebalik perintah tersebut terkandung rahsia tersembunyi. Puasa dapat mengurangkan kegemukan dan meringankan badan. Lemak terkumpul akan susut dan inilah cara menguruskan badan cara selamat.

3. Haruman.

Setiap orang pasti menyukai haruman. Haruman memainkan peranan penting dalam perubatan hingga sistem pengubatan berasaskan bau-bauan dipanggil Aromaterapi.

4. Doa dan zikir.

Membaca surah Al-Ikhlas dan Mu'awwizatain pada air yang dicampur garam ketika di sengat kala jengking. Rasulullah gunakan dua pendekatan iaitu material (garam) dan spiritual (bacaan ayat Al-Quran) supaya punyai keberkatan dalam ubatan yang digunakan.

5. Khasiat pemakanan dan rempahan.

* Kurma - mengandungi zat pemakanan lengkap, tinggi karbohidrat, vitamin dan pelbagai zat galian. Saat bin Abi Waqas mengadu pada Nabi bahawa jantungnya sakit, maka Nabi mengarahkan untuk menumbuk kurma Ajwa beserta bijinya untuk dimakan. Sabda Rasulullah,

"Barang siapa makan (sarapan) pada setiap hari dengan 7 biji kurma Ajwa, maka ia tidak akan ditimpa pada hari itu oleh racun mahupun sihir."

* Jintam Hitam
  • mengeluarkan kahak dari pernafasan.
  • melancarkan pengeluaran susun ibu, haid teratur, atasi masalah saluran kencing dan baik untuk penyakit kencing manis.
  • jintan hitam dicampur cuka untuk penyembuhan sakit gigi, disapu pada sengatan binatang berbisa. Jintan hitam ditumbuk dan dibungkus dengan kain dan disedut baunya. Sabda Rasulullah,
"Hendaklah kamu dengan menggunakan Jintan hitam ini, maka sesungguhnya di dalamnya terdapat bahan penyembuh (ubat) untuk semua penyakit, kecuali kematian."

* Daging

Saidina Ali bin Abi Talib berkata, daging dapat menjernihkan warna kulit, mengecilkan perut dan memberikan kebaikan pada perangai seseorang, namun tidak elok jika dimakan berlebihan.
  • Daging kambing memperkuatkan daya ingatan otak dan kekuatan tubuh badan.
  • Daging lembu mudah mendatangkan penyakit, maka dimasukkan bawang putih, halia dan lada hitam dalam masakan.
  • Daging ayam bermanfaat bagi penyakit perut dan paru-paru kerana ia mudah dihadam dan menambahkan darah dan kekuatan.
* Buah-buahan - Anggur, delima dan kurma yang segar dan tidak diawet sahaja mengandungi khasiat seperti menyembuhkan penyakit buah pinggang jika meminum 2 gelem air perahan anggur merah.

* Halia - membantu pencernaan makanan, penyakit angin, penyakit hati, menambah nafsu makan dan sebagai ubat gosok gigi penyakit sengal.

* Telur - makanan yang lengkap, tinggi protein, lemak, vitamin dan zat galian. Bermanfaat untuk tambahkan kekuatan badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.

* Susu - makanan paling lengkap atas bumi ini. Terkandung zat lemak, protein,gula, garam galian dan vitamin dalam kadar seimbang hinggakan kanak-kanak membesar dengan meminumnya sahaja.

0 comments: