Selasa, 7 Disember 2010

Solat jenazah

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 

***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

Kematian & kewajipan yg hidup menyempurnakan mayat orang Islam yg bukan mati shahid itu adalah fardhu kifayah.

  1. Dimandikan
  2. Dikafankan
  3. Disembahyangkan
  4. Dikebumikan

Apabila telah yakin mati seorang Islam itu, hendaklah disempurnakan keempat-empat perkara itu dgn seberapa segera.
 
Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya dua orang dlm setiap satu saf .

Bagi orang perempuan dibolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setelah disolatkan oleh orang lelaki.


Cara mengerjakan Solat Jenazah


Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu.


Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.


Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas, bersih dan suci.


Rukun solat jenazah

  • Niat
  • Qiam
  • 4 kali takbir (termasuk takbiratul-ihrom)
  • Membaca Al-Fatihah selepas takbir pertama
  • Membaca salawat ke atas nabi selepas takbir yg kedua
  • Membaca doa selepas takbir yg ke tiga
  • Mengucap salam selepas takbir yg keempat.
SOLAT JENAZAH TIDAK MEMPUNYAI RUKUK, I’TIDAL, SUJUD, DUDUK DI ANTARA 2 SUJUD, DAN TAHIYYAT. DALAM SOLAT INI JUGA TERDAPAT 4 KALI TAKBIR.


Lafaz niat solat jenazah :

a.  Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian : 
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah (lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala"

b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah (perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala"
 
 c. Lafaz niat mayat lelaki bagi imam:
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi Imam kerana Allah Taala"


(akan bersambung di siri akan datang)
(ibnu)

3 comments:

Nurul Fadillah berkata...

"Bagi orang perempuan dibolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setelah disolatkan oleh orang lelaki"

Mendirikan selepas jenazah disolatkan ......Perlu berjemaah juga k?

ibnu berkata...

blh berjemaah bersama lelaki seperti lazim slt biasa. Insyaallah kan diterengkan dalam siri akan datang

ibnu berkata...

Perempuan juga blh solat jenazah samada berseorangan ataupun berjemaah sesama kaum perempun walaupun jenazah itu adalah lelaki.Kerana ini adalah fardu kifayah wajib dikerjakan samada berseorangan atau berkumpulan tidak kira lelaki mahupun perempuan.