Khamis, 2 Disember 2010

WANITA WAJIB TAHU MEMASAK & LELAKI WAJIB TAHU JADI IMAM

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

(Ini bukan entri diskriminasi gender tapi realiti. =)


Antara kriteria wajib untuk seorang wanita ialah pandai masak, Lepas kahwin senang, kalau tak pandai masak susaah. (Owh tak layak cakap lagi, sekadar satu pandangan). Para mentua pun letak syarat; carilah wanita yang pandai masak. Kalau tak pandai masak, eish, kena kutuk pulak, kena belajar, nanti malu lah dekat mak mentua dekat sanak saudara sebelah sana. Sebelum kawen masa muda-muda belasan tahun ni tak nak belajaq. sapa suruh? Ye laah kan busy, kita kan wanita bekerjaya. Mana ada masa nak duduk dapuq je naa. Pendek kata, tak sempurnalah seorang wanita tu jika tak pandai masak. 'Eishh malunya tak reti masak ni' getus hati sang gadis. Diri sendiri rasa belum lengkap lagi nih sebab tak reti masak, bukan dia tidak mencuba tapi kekangan masa yang banyak menghalang...

Kita terlepas pandang. Lelaki, bolehkah anda jadi imam? wanita jika tak tahu masak disuruh belajar, lelaki tak tahu jadi imam (tak tahu ilmu agama, al-fatihah pun tunggang langgang) disuruh belajar jugaaa, tapi nantilah. Eh, tak pe lah. Nanti I belajar lah. I nak belajar tapi kekangan masa lah you...Sedangkan ini lebih penting, kaum adam. Syarat utama untuk jadi seorang suami mesti wajib tahu pasal ilmu agama (tak tahu agama, jauh lagi nak jadi imam). Aish kalau nak letak syarat macam ni makin ramai lah wanita kahwin lambat. Para lelaki kebanyakannya letak syarat kepada wanita atau kepada gelifriendnya wajib pandai masak! Perlu pikat suami dari air tangan isteri.

Cakap kat buayafriend anda, eh kalau macam tu saya nak awak kena tahu jadi imam! =) haha. Wanita pandai masak ramaaaaai, tetapi berapa kerat lelaki yang mengamalkan solat jemaah bersama keluarganya di rumah. Sang pria mahukan gadis pandai masak tertunai, tapi selera sang gadis yang mahukan seorang imam untuk memimpin setiap solat-solatnya? Tertunaikah? Tajwid tunggang langgang, al-fatihah pun tak kenal, jauh sekali untuk solat apatah lagi imam! (nauzubillah, ini realiti)

Maka, yang mana lebih berbahaya? Wanita tidak pandai masak kah? masih boleh carik makanan dekat luar, masih boleh hidup lagi. Lelaki yang tak ada bekalan ilmu agama? Siapa yang nak memimpin keluarga? Ye, masih boleh hidup, tapi hidup dalam redha Allah kah? hidup dalam maksiat kah. Lelaki itu dengan keluarganya umpama imam dengan makmumnya. Makmum berhak menolak kepada calon imam yang tidak disukainya. Imam yang dia tak suka, dia tak boleh jadi makmumnya. Imam harus baik bacaannya, paling baik di antara para makmum. Para lelaki yang tidak punya bekalan agama (atau kureng) wanita juga berhak menolak mereka. Justeru itu, para lelaki persiapkan diri kamu untuk menjadi seorang imam, seorang pemimpin yang bakal memimpin keluarganya. Perkahwinan (eh eh) bukan satu perkara mainan. Jika kamu memikirkan perkahwinan itu hanya sesuatu yang menghalalkan yang haram, anda salah. Perkahwinan merupakan suatu tanggungjawab dan amanah.

p/s: eh tak layak nak cakap pasal ni tapi ini sekadar pandangan. Realiti bukan? Girls out there, letak syarat ini kepada para lelaki supaya kebahagiaan terjamin, cewah. Apa erti sebuah perkahwinan andai bekalan ilmu agama tidak dipraktikkan dalam kehidupan. Bukan soal kahwin saja, tapi di usia muda ini lah, kita masih belasan tahun, atau awal dua puluhan tahun, inilah sebenarnya masa untuk kita persiapkan bekalan agama secukupnya. Tidak hanya 'hidup untuk ENJOY!Hidup kan sekali jerrr!' Ewah. Hidup yang sekali ni lah kita kena persiapkan untuk hidup yang sepanjang masa di alam sana. Tuntutlah ilmu di dunia sebagai bekalan akhirat. Terdetik menulis ini setelah membaca Aku Terima Nikahnya and Bercinta Sampai Syurga by Ustaz Hasrizal and curently reading Murabbi Cinta by him too. Credit to Abu Saif. Selamat beramal~ =)

UPDATE: Imam itu maksudnya pemimpin. Dan imam itu berkait dengan solat berjemaah. Solat berjemaah yang dinyatakan di sini bukan HANYA di masjid-masjid mahupun di surau-surau sahaja. Menjadi imam di rumah juga boleh, mengimamkan anak-anak dan isteri. Baik untuk mendidik ahli keluarga untuk turut berjemaah juga dapat mengeratkan hubungan sesama ibu bapa dan anak-anak. Kualiti masa bersama keluarga itu jelas penting. Saya bimbang ada yang terkeliru. Jemaah mesti di masjid, ye memang seharusnya kaum lelaki harus bersolat jemaah di masjid bahkan sepatutnya jika rumah dekat dengan masjid (khususnya) dah dengar azan, paksa-paksa dirilah ke masjid untuk berjemaah tapi kadang-kadang boleh jadi imam dekat rumah je. Contoh solat terawikh tak semestinya dekat masjid or surau je boleh buat, dekat rumah pon boleh (jika ada kesulitan seperti cuaca tak mengizinkan like hujan, sakit ke). Pahala solat berjemaah seperti yang kita tahu 27 darjat berbanding solat sendirian yang hanya 1 darjat, saya jelaskan sekali lagi:

Solat sendirian:
1 darjat x 365 hari x 5 waktu = 1,825 darjat

Solat berjemaah:
27 darjat x 365 hari x 5 waktu = 49, 275 darjat

Daripada Ibnu Umar yang bermaksud; "Solat jemaah lebih utama dari solat sendirian sebanyak 27 darjat."
(Mutafaq alaih)

Solat sendirian selama 27 tahun darjatnya hanya sama dengan setahun solat berjemaah. Nak pahala lebih bukan? Alangkah baiknya jika solat jemaah itu boleh dipimpin oleh seorang ayah. Jom prefer solat jemaah. Harap tidak ada yang terkeliru lagi~ =)(zahir zakaria)





0 comments: