- Tahu : Langkah pertama ialah ilmu.Penting bagi muslimah mengetahui batasan aurat,ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum-hakam berkenaan aurat dan sebagainya.
- Sedar : Tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanankn sesempurnan mungkin.jangan sambil lewa dan acuh tak acuh.Soal Halal Haram adalah perkara besar.
- Syiar : Setiap agama ada imejnya. Imej wanita muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.
- Fungsi cermin : Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin,tanyalah cermin, " Wahai cermin,adakah hari ini aku menutup aurat?".
- Asingkan : Pakaian pada 2 kriteria;sesuai atau tidak sesuai dipakai dihadapan ajnabi.
- Malu : Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat dihadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut,gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
- Bersahabat dengan wanita solehah : boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilannya kepada penampilan yang patuh kepada syariah.
- Eksklusif : Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma, jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.
- Banyak Manfaat : Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah kuar rumah dengan lebih yakin dan selamat. Mereka tidak perlu risaukan mata liar yang memandang, tidak perlu ambil kisah gaya rambut, tidak pelu berhabis duit untuk aksesori itu dan ini.
Rabu, 8 Disember 2010
Tip Menutup Aurat
*** Bismillahirrahmanirrahim ***
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***
Disertakan disini beberapa kaedah praktikal manjadi muslimah yang prihatin dengan penampilannya dihadapan ajnabi.
Sumber : Solusi Isu 26
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan