Jumaat, 3 Disember 2010
TIGA ASAS AQIDAH DALAM BAB KETUHANAN
*** Bismillahirrahmanirrahim ***
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***
Dr. Yusuf al-Qaradhawi ada menyebut dalam buku beliau berjudul "fusulun fil Aqidah"
"sesunhguhnya Islam ialah, aqidah dan amal. Aqidah adalah perkara pokok dan amal itu cabang dari aqidah tersebut. Dalam ertikata lain aqidah itu benih dan amal tu buahnya. Tanpa aqidah yg mana dipanggil oleh Al-Quran dan As-sunnah sebagai iman. Maka amalan seseorang tidak akan diterima".
Allah berfirman maksudnya:
"Dan orang-orang kafir itu, amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga. Tetapi apabila didatangi air itu, die tidak mendapatinya sesuatu apapun(surah An-Nur:39)"
Sesungguhnya usul-usul aqidah itu ada 3 yang paling utama:
Pertama:
Mengenal Allah SWT sebagai maha pencipta, maha pemberi nikmat dan Tuhan yang disembah, yang mana seluruh kewujudan ini menunjukkan kepadanya samada fitrah, akal mahupun tanda-tanda kejadian alam ini sendiri.
Allah SWT berfirman maksudnya:
"Apabila ada keraguan-keraguan terhadap Allah, pencipta langit dan bumi?"....(surah Ibrahim:10)
Allah SWT menciptakan seluruh alam ini untuk dikenali oleh makhluk-makhluknya.
Allah SWT berfirman maksudnya:
"Allahlah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu ketahui bahasanya Allah mahamkuasa atas segala sesuatu dan sesungguhnya Allah ilmunya benar-benar meliputi segala sesuatu".(surah At=Tholaq:12)
Allah SWT berfirman lagi maksudya:
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah ku".(az=Zariyyat:56)
Saidina Ibnu Abbas r.a dan sebahagian salaf mentafsirkan maksudnya "menyembahku" dalam ayat tersebut tersebut kepada maksud "mengenalku" mereka mentafsirkan makna ibadah kepada makrifat(mengenal) Allah SWT. Dalam ayat ini jelas menunjukkanbahawa Allah SWT menciptakan seluruh alam ini untuk makluk-makluk (terutama manusia) mengenal Allah SWT melalui nama-nama dan sifat-sifatnya.
Kedua:
Mengesakan Allah SWT dengan meyakini bahawa Allah SWT itu Maha Esa dan menjadi tempat pergantungan. Hanya Allah SWT sahaja Tuhan yang layak disembah. Hanya Allah SWT sahaja Tuhan yang maha berkuasa dalam memberi pertolongan.
"(Dia lah)Allah,tidak ada Tuhan(yang berhak disembah)melainkan Dia"(surah Al-Baqarah ayat 255)
Ketiga:
Menyucikan Allah daripada segala sifat yang tidak sesuai dengan sifat-sifat ketidaksempurnaannya.Sesungguhnya Allah bersifat dengan segala sifat-sifat kesempurnaan dan tidak bersifat dengan sebarang sifat-sifat kekurangan.Allah juga tidak bersifat seperti sifat-sifat makluk dan tiada yang bersifat dengan sifat-sifat Allah selain daripada Allah. Sesiapa yang menyerupakan sifat Allah dengan makluk, maka dia telah pun tersesat daripada landasan akidah islam yang murni.
Fieman Allah SWT yg bermaksud:
"tidak ada sesuatu pun serupa dgn Dia(Allah)".(surah As-Syura ayat 11)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan