1.Orang yang berkuasa (Sultan atau wakilnya)
2.Imam yang dilantik khas
3.Penghuni secara yang hak tempat mendirikan jamaah sekiranya ia layak-cth:penyewa rumah lebih diutamakan daripada orang yang memberi sewa.
4.Orang yang lebih alim fiqh
5.Orang yang lebih alim tentang al-Quran dari segi bacaan dan sebagainya
6. Imam bukanlah seorang ummi yang tidak betul bacaan al-fatihah, cacat dari segi sebutan, ketiadaan syaddah dan sebagainya, sedangkan ma’mum lebih baik daripadanya.
7. Imam bukan dari kalangan wanita jika ma’mumnya lelaki.
8. Orang yang lebih wara’
9. Imam yang hendak diikuti itu bukanlah sebagai pengikut kepada imam lain.
10. Orang yang terlebih dahulu masuk Islam
11. Orang yang lebih baik keturunannya
12. Orang yang lebih baik kelakuannya
13. Orang yang lebih bersih pakaiannya
14. Orang yang lebih baik pekerjaannya
15. Orang yang lebih baik suaranya
16. Orang yang lebih baik rupa parasnya
17. Orang yang telah berkahwin.
PERINGATAN
1.Bahawa orang yang adil lebih aula daripada orang yang fasiq walaupun dia (fasiq) itu alim fiqhnya dan alim qurannya. IMAM
2.Orang baligh lebih utama daripada kanak2
3.Anak halal lebih aula daripada anak zina
4.Adapun orang buta sama sahaja dengan orang yang melihat.
CARA MENGIKUT IMAM
Ma’mum hendaklah tidak berada di hadapan imam. Makruh sekiranya ma’mum berdiri selari dengan imam, tetapi yang sunatnya ialah di belakang sedikit dari imam. Ukuran yang diambilkira sama ada berada di hadapan atau di belakang ialah tumit kaki.
Ma’mum hendaklah mengikut imam dengan tidak mendahului takbiratul ihram imam. Hukumnya makruh jika dilakukan serentak dengan imam pada selain takbiratul ihram.
Ma’mum hendaklah mengikuti perbuatan imam dalam semua perpindahan dari satu rukun kepada satu rukun yang berbentuk perbuatan (rukun fi‘liyy) dengan keadaan perbuatan ma’mum hendaklah terkemudian daripada imam, melainkan jika ada keuzuran seperti bacaannya lambat, maka dia boleh tertinggal daripada mengikut imam dengan tiga rukun yang panjang.
Ma’mum hendaklah mengetahui perpindahan imam dari satu rukun ke satu rukun sama ada dengan melihatnya atau melihat sesetengah daripada saf atau mendengar suara imam atau
muballigh (penyampai takbir imam).
Jarak tempat antara ma’mum dan imam atau antara saf-saf itu hendaklah tidak terlalu jauh jika kedua-duanya sembahyang di luar masjid (tidak lebih 150m). Jika sembahyang didirikan dalam masjid, maka ikutan ma’mum itu sah walau sejauh mana sekalipun jarak antara kedua-duanya.
Ma’mum hendaklah berniat berjama‘ah atau mengikut imam ketika takbiratul ihram.
Hendaklah aturan solat imam muafakat (semacam) dengan aturan solat makmum dari segi perbuatan2 zahir. Tidak sah imam solat jenazah, makmum solat fardhu. Namun tidak mengapa jika sekadar berlainan niat. Oleh itu sah ikut solat fardhu dibelakang orang yg solat sunat, solat tunai belakang solat qadhak, solat panjang belakang orang yg solat pendek (imam subuh, makmum zohor), demikian juga sebaliknya pada semua masalah tersebut.
Jangan menyalahi imam dalam hal2 sunat:
Seperti sujud tilawah, wajib muafakat pada mengerjakannya@meninggalkannya.Sekiranya makmum tak ikut imam batal solatnya
Manakala sujud sahwi wajib muafakat pada mengerjakannya tidak pada meninggalkannya.Kalo imam sujud,wajib makmum ikut sujud. Kalo imam tak buat makmum blh buat slps salam kedua imam.
Tasyahud awal-wajib muafakat pada meninggalkannya tidak pada mengerjakannya.Jika imam tak buat, makmum pun jgn buat.
Doa Qunut tidak wajib muafakat pada mengerjakannya dan meninggalkannya kerana jika ditinggalkan oleh imam,sunat makmum mengerjakannya jika sempat dengan imam pada sujud pertama.
Hendaklah sembahyang imam itu sah menurut keyakinan atau anggapan makmum.
Hendaklah sembahyang imam itu tidak wajib diulangi.
Jangan berimam dengan orang yang sedang menjadi makmum.
Hendaklah niat mengikut imam, jika tidak jaadilah solat itu seorang diri.
HUKUM SOLAT BERJAMAAH
1.SUNAT MUAKKAD
Berkata sebahagian ulamak Syafie sunat muakkad disini bermaksud MAKRUH meninggalkannya – ini pendapat Syeikh Abu Hamid & Syeikh Ibnu al-Sobbaghi (al-Majmuk jil 4/75)
Berkata al_qadhi Abu Syuza’ dan Ahmad al-Asbahaani: Sesungguhnya solat berjamaah adalah sunat muakkad iaitu sunat yang digalakkan (kifayatul Ahyar jil 1/255)
2. FARDHU KIFAYAH
Fardhu Kifayah yakni wajib ke atas lelaki yang merdeka lagi bermukim dan mempunyai pakaian yang menutup aurat.
0 comments:
Catat Ulasan