Khamis, 2 Disember 2010

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


Wahai wanita
Mampukah kau menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kau didik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan..
Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta di dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika kau marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwa mu
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah kau menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...


Maka para muslimah di luar sana, saya, berusahalah untuk menjadi muslimah terbaik, dalam akhlaknya, perilakunya, tutur katanya. Ya, kita tidak mampu untuk menjadi seperti mereka, jauh sekali. Mereka hidup dalam sinar Islam, dan kita wanita akhir zaman ini hidup pada zaman yang begitu mencabar dan mendebarkan, hanya punya HARAPAN untuk menjadi seorang muslimah yang diredhai-Nya. Amin, Insyaallah~

p/s/s: dirujuk dari Mufakkirah Mukminah 2008~

p/s: Muslimin yang baik itu menginginkan calon muslimah yang baik sebagai pendamping hidupnya dan isteri kepada anak-anaknya~ =)(zahir zakaria)

0 comments: