Selasa, 9 Februari 2010

MATA LELAKI!!!!AWAS WAHAI MUSLIMAH


Assalamualaikum... kali ini saya ingin memecahkan rahsia seorang lelaki yg mana kebanyakkan kaum perempuan tidak mengetahui. Kasihanilah kaum lelaki.. tambah plak lelaki yg telah menjadi suami kepada seorang yg bernama isteri... segala dedahan aurat oleh isteri, suami yg dpt dosa jgk.. Plz.. kasihanilah kaum lelaki.. Harap kita semua dapat mengamalkan dan sampaikan...

Allah telah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, saya rasa semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita WAJIB menutup rambutnya.Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka WAJIBlah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu WAJIB menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka WAJIBlah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka JANGANlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka JANGANlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka WAJIBlah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya JANGAN sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka, tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, JANGANlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah JANGAN memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, JANGAN anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu WAJIB untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT. Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Wallahualam. Wassalam. Sekian
(pandangan dr seorang lelaki:Ibnu)

P/S::tetiba teringt sorang lectrure ana yg salu membritahu akan pndangannya ttg wanita..smada studennya atau org luar yg dlihatnya..klo studentnya dcakap cantiknya si....arini..., sya tgk pmpuan tuu mmg cantk,,bg sya laa...., xpun pmpuan tuu seksi mcm ........(student dlm cls jgk dtujunya)...pastu klo sy nk tahu mood student sya si.......saya akan tgk color kukunya......xpun die ckp pmpuan tuu cntikkk, bodynya cntik..dadanya berisi......ermmmm apa semua ini??ini adalah cntoh daripda pndangan mata lelaki....jd sbgai muslimah.kita jgn gelak atau ketawakan dri kita bila pengakuan sgegini diucap oleh seorg lelaki walaupun dr seorang lecture atau teman lelaki rapat kita. jgn kita melenting bila seorg lelaki bkata mcm2 ttg kita..cba muhasabah ,,slah sape??adkah kita ttp dada kita dgn smpurna??kita ttp kaki kita??atau kta sngaja mnunjukkn saiz badan kita dr dada,pinggang atau punggung???semuanya akan berbalik pda dr kita dan tanya dr kita...jadi..sma2lah kita ambil pengajaran dan iktibar drpada pengakuan dan pndangan jujur dr mata seorang lelaki....sm2lah kita jga harta dan maruah dr kita yg hanya layak untk dpertontonkan oleh insan bergelar suami..Semua org tdak sempurna dan punyai klmhn, ttpi cbalah kita mlengkapkan dr kita agar mnjd slh seorg wanita yg brjya bsma2 Aisyah, Khadijah, Fatimah untuk brda bsm2 mnemani kekasih Allah SWT ...iaitu Rasulullah SAW..
Wallahualam

6 comments:

ibnu berkata...

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...

Penjaga blk myt berkata...

Assalamualaikum.
Apa yg terpapar pada pandangan saya bukan sahaja pandangan mata sebagai seorang lelaki tapi lebih kepada penerangan dalam bentuk simbolik tenteng kepentingan menutup aurat bagi seorang wanita.Jika dilihat hari ini begitu ramai perempuan yg menutup aurat tetapi haikat sebenarnya tidak menutup aurat.Ini mendoromg kepada berlakunya bermacam2 perkara yg berpunca dari pakaian seorang perempuan.Saya terpanggil untuk memberi komen bila saya pulang dari hospital melaka kemudian terbaca blog ini secara kebetulan.Di hospital melaka berbelas wanita melahirkan anak luar nikah sehari dan majoritinya adalah wanita islam.Jika anda tdk percaya pergi lah ke hospital terdekat dan dptkan keterangan.Terutama hospital swasta.

Tanpa Nama berkata...

nice post gee..

siakap_laut berkata...

nukilan yg hebat dan komen yg menarik dari ibnu.Moga mendapat imput yg berguna pada muslimah.

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

SYUKRAN JAZILAN PG SMUA KOMEN DAN PNDANGAN SERTA PERKONGSIAN MENARIK..SMGA IANYA MNJDI PNDUAN BGUNA PD SEMUA MUSLIMAH..

pda pnjga:
byk stistik dan pndedahan yg telah dbuat oleh phk2 tertentu dan akhbr trutma akhbar metro..setiap hr metro mndedhkan fenomena sbnar yg blaku sprti kes plajr unvrst, janda, pondan, maknyah,operasi umah urt, salon dan apa semua...tp npknya gjla yg mruncing ini npknya sbn hr mkin mngkt..
jd knp ini blku????
ana ingin sntuh mngenai tngjwab seorang lelaki bgelar ayah, suami dan abg...slalh mainkn prnan anda semksimun mungkin blndaskn al-Quran dan hdis serta Rasulullah SAW sbgai role model..didiklh, tegurlah, jgalah, pimpinlah, btangjwablh dan jlnknlah tngjwb anda pd insan2 bgelar wanita yg brda dbwh tngjwb anda spnuhnya...ingtkn..apa yg muslimh dbwh tngungn anda lkukn ,,,anda jg akn dtnya di hri penghitungan nantii...jgn hanya anda brmal pd dri anda shja,,,ttpi insan dbwah tngjwb anda ,,anda abaikn..pd bapa jgn jd bpa yg derhaka pd ank2..pd suami..jgn anda jd lelaki yg dayus..wallahualam...

IAMSERI berkata...

Assalamualaikum wbt...

huuu...
1) menakutkan...
2) dua2 pun kena lah sama2 faham...lelaki tundukkn pandangan...perempuan tutup aurat dgn sempurna...jaga batas2 pergaulan/ikhtilat...istighfar bila ada "perasaan jahat" mula menjelma dlm hati...sebab kita insan...mudah lupa...ingat Allah saja hati kita akan terpelihara...insyaAllah...
3) pelihara wanita....bermakna kita memelihara masa depan islam dan masa depan dunia...