Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.
Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya, “ Ayah mengapa ibu menangis ?
Si ayah menjawab, “ semua wanita memang menangis tanpa ada alasan .”
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya.
Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap tertanya–tanya, mengapa wanita menangis.
Saat Allah SWT menciptakan wanita, Dia menjadikan wanita sangat penting. Allah SWT menciptakannya bahu agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun bahu itu cukup lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.
Allah memberikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya walaupun selepas itu menerima cerca daripada anaknya sendiri.
Allah memberikannya ketabahan yang tetap bertahan pantang menyerah disaat orang berputus asa.
Allah juga memberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walaupun dirinya letih, sakit, lelah tetapi tanpa keluh kesah.
Allah memberikan wanita perasaan kepekaan dan perasaan kasih sayang untuk mencintai anaknya dalam situasi apa–apapun biarpun anak–anaknya kerap kali melukai perasaan naluri seorang ibu. Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.
Allah berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegetiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita?
Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.
Dan akhirnya, Allah berikan air mata agar dapat mencurah perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan dimana dia inginkan.Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita walaupun sebenarnya….air mata..!!!!
RP....??
2 comments:
Dalam Islam, ibu bapa mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah sehingga Allah memerintahkan kita berbuat baik kepada mereka berdua selepas Allah memerintahkan kita supaya mengabdikan diri kepada-Nya. Sehubungan itu Allah berfirman yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. (Surah al-Isra’, ayat 23)
Walaupun begitu, Islam amat menyanjung tinggi kedudukan ibu sehingga memberi penghargaan yang istimewa terhadap pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu kepada anak-anaknya. Tanpa ibu siapalah kita. Tanpa ibu juga kita tidak akan wujud di atas dunia yang fana’ ini. Tanpa ibu anak-anak kita pun tidak dapat hidup dengan sempurna dan selesa. Tanpa ibu kehidupan anak-anak juga penuh dengan kesengsaraan. Justeru, ibulah insane yang paling banyak menanggung penderitaan demi penderitaan demi kelangsungan hidup anak-anaknya.
Ketika mengandung, ibulah insan pertama yang menanggung penderitaan selama sembilan bulan lamanya sedangkan dia tetap meneruskan kandungannya dengan penuh kepayahan dan keletihan. Ketika melahirkan anak, ibulah sahaja yang menanggung kesakitan amat yang perit, malah kadang-kadang si ibu sanggup menggadaikan nyawanya pada ketika itu dan berjuang antara hidup dan mati demi keselamatan anaknya. Seterusnya, selepas kelahiran anaknya, ibu juga yang sanggup bebanan menyusu dan mengasuh dengan penuh kasih sayang bagaikan menatang minyak yang penuh selama beberapa tahun. Malah kadang-kadang ibu terpaksa bersengkang mata sepanjang malam demi menjag anaknya tersayang dan juga apabila anaknya jatuh sakit.
Perjalanan hidup yang dilalui seorang ibu itu amat tidak ternilai harganya dan dihargai Allah sehingga dirakamkan Allah melalui helaian al-Quran sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. (Dengan demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu. (Surah Luqman, ayat 14)
Maksud ayat tersebut jelas menghargai pengorbanan ibu terhadap anaknya iaitu dengan menanggung penderitaan demi penderitaan semasa membesarkan anaknya, penderitaan semasa melahirkan anak dan juga penderitaan semasa menyusu serta mengasuh anak. Walaupun, ibu tidak pernah pun mengeluh mahupun berputus asa menghadapi kesemua penderitaan tersebut, malah tidak pernah pun mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran daripada anaknya. Apa yang penting bagi seorang ibu terhadap anaknya ialah melihat anaknya sihat sejahtera, hidup dengan selesa dan sentiasa mendoakan anaknya moga berjaya dalam lapangan hidupnya kelak.
Demikianlah begitu besar dan tingginya pengorbanan yang dicurahkan oleh seorang ibu terhadap anaknya. Tetapi bagaimana pula dengan pengorbanan anaknya untuk menghargai pengorbanan ibunya dan membalas balik jasa ibunya yang tidak terhitung itu. Inilah suatu persoalan yang sewajibnya direnung oleh setiap anak iaitu apakah setiap anak sudah pun menunaikan kewajipan terhadap ibunya.
Perlu diinsafi bahawa ibu merupakan insan yang paling tinggi kedudukan dan martabatnya di sisi Islam sehingga Rasulullah pernah menegaskan bahawa syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu. Ini bermakna seseorang anak sudah pasti tidak dapat masuk syurga tanpa keredaan ibunya walaupun sebaik mana sekalipun amal soleh yang dilakukannya.
Pernah berlaku pada zaman Rasulullah seorang pemuda yang bernama Alqamah yang tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah kerana ibunya perlu menjadi bahan renungan setia anak pada zaman moden ini. Alqamah adalah seorang pemuda yang baik dan taat, rajin mendirikan solat, banyak berpuasa dan bersedekah. Tetapi Alqamah dikatakan lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya lalu ibunya makan hati berulam jantung dan tersinggung dengan perbuatan anaknya. Akibatnya Alqamah tidak mengucapkan dua kalimah syahadah di penghujung hayatnya.
Akhirnya Rasulullah bertindak untuk membakar Alqamah hidup-hidup di hadapan ibunya jika ibunya tidak memaafkannya. Akhirnya tindakan Rasulullah tersebut menyebabkan ibunya segera memaafkannya dan Alqamah dengan mudah dapat mengucapkan dua kalimah syahadah. Setelah dimandi, dikafan, disolat dan dikebumikan, Rasulullah pun berdiri di tepi kuburnya lalu bersabda yang bermaksud: Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan jga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya. (Hadis riwayat Abu al-Laith)
Kisah Alqamah dengan ibunya tadi mengajar kita betapa seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja di dalam dunia demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya. Oleh sebab itulah, Islam mewajibkan anak-anak agar menunaikan segala hak ibu dan melayani ibunya dengan sebaik mungkin. Dalam pada itu, Islam juga mengharamkan anak daripada melakukan sesuatu yang boleh menyakitkan dan menyinggung perasaan ibunya. Pendek kata, ibulah insane yang paling berhak mendapat layanan terbaik daripada anak-anak selaras dengan pengorbanan yang telah dilakukannya. Bukankah Rasulullah pernah ditanya oleh seorang lelaki sebagaimana hadis yang bermaksud: Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: kemudian siapa lagi? Ujar baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: kemudian siapa lagi? Jawab baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu.
Hadis Rasulullah ini telah mengangkat kedudukan istimewa ibu sehingga berbakti kepada ibu mengatasi berbakti kepada orang lain walau kepada bapa sekalipun. Malah Rasulullah menyebut berbakti kepada ibu sebanyak tiga kali berturut-turut dalam hadis tersebut, barulah baginda menyebut berbakti kepada bapa, sekali gus menunjukkan betapa besarnya jasa dan pengorbanan ibu terhadap anak-anak. Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya melupakan peranan yang dilakukan oleh bapa bagi menjamin keselesaan dan kebahagiaan hidup sesebuah keluarga.
Justeru kita seharusnya menghormati dan menyayangi ibu kita tanpa mengabaikan tanggungjawab dan kasih sayang kita terhadap bapa. Begitu juga sebaliknya, kita memberikan penghormatan dan kasih sayang kepada bapa tanpa mengabaikan tanggungjawab dan kasih sayang kita terhadap ibu kita. Ringkasnya, ibu bapa berperanan besar dalam membentuk kehidupan, malah sanggung berkorban apa sahaja demi kelangsungan dan kebahagiaan hidup anak-anak mereka.
Catat Ulasan