Rabu, 24 Februari 2010

RENUNGKANLAH

Ramai orang bila berlaku sesuatu perkara yang diluar dugaan, mereka akan menyebut nama Allah. Apabila berlakunya sesuatu pertandingan, samada nyanyian atau persembahan ataupun apabila ditimpa musibah seperti sakit, teraniaya atau apa sahaja yang berlaku, kita akan menyebut nama Allah. Tidak kira apa pun yang berlaku, kita akan menyebut nama Allah.

Tetapi, adakah kita benar-benar me
ngambil peduli tentang kalimah Allah itu? Adakah kita cuba untuk memahami maksud sebenar kalimah Allah tersebut? Mengapa kita perlu mengucapkan kalimah Allah itu? Adakah ia hanya muncul apabila kita ditemubual oleh seseorang? Semata-mata untuk menunjukkan yang diri kita beragama Islam. Atau adakah semata-mata kerana kita tidak tahu kepada siapa lagi harus kita berserah untuk mengharapkan kejayaan atau pertolongan? Atau adakah kerana kita benar-benar ikhlas menyebut kalimah Allah itu? Ucapan yang lahir dari hati yang merendah diri dan takut akan segala seksaannya.

Sedarkah diri kita, ketika kita menyebut nama Allah itu, bagaimanakah keadaan kita ketika itu? Adakah keadaan kita ketika itu melambangkan peribadi kita sebagai seorang Muslim? Berpakaian menutup aurat atau sekura
ng-kurangnya berpakaian sopan, tidak mendedahkan mana-mana bahagian tubuh seperti berpakaian ketat atau menjolok mata. Sehingga kadang-kadang membuatkan orang merasa mual dan menyampah apabila melihat kita. Atau adakah ketika kita menyebut kalimah Allah, kita berada dalam suasana yang diredhai Allah? Berada ditempat yang boleh memberi manfaat kepada kita atau berada di tempat yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah. Atau adakah perkara yang kita lakukan itu diberkati oleh Allah? Seperti melakukan perkara-perkara yang bermanfaat dan mendatangkan hasil yang baik. Pernahkah kita terfikir akan semua itu?

Cubalah kita muhasabahkan diri kita,. Mencari diri kita yang sebenar agar kita tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri kita sendiri. Biarlah apa sahaja ucapan kita, lahir dari hati yang benar-benar ikhlas dan benar-benar memahami setiap apa yang keluar dari mulut kita. Janganlah kita melakukan sesuatu itu hanya kerana mahu menunjuk-nunjuk. Kelak, diri kita sendiri yang akan rugi.


Dari:ibnu

Renungkanlah.....................

5 comments:

siakap_laut berkata...

Ramai org memulakan majlis berunsur maksiat seperti percampuran laki dan perempuan bkn muhrim dgn dimulakan dgn doa.Kejahilan telah menyebabkan islam dihina oleh org islam itu sendiri.

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

harap rmai yg sdar.org Islam lemah krna sikap kita sndr...

Ehsan berkata...

Assalamualaikum
Benar apa dikata.Pada hujung minggu lepas dibandaraya sejarah melaka dianjurkan pesta air.Dimulakan dgn baik berserta doa pastu ada pesta air.Org ramai yg dtg lawan pancut air antara satu sama lain xkira laki dan perempuan.Sendiri mahu ingat la kalau dah basah xkira lelaki ke perempuan.Pesta ini sama sahaja dgn pesta buih sabun yg kecoh dulu.Bezanya adalah dulu dibuat secara haram tapi kali ni dibuat dan dirasmi pemimpin negara lagi.Lihat metro semalam betapa mengaibkan melihat perempuan yg berpakaian nipis basah kuyup.Majoriti adalah org melayu.Percutian saya sekeluarga tercalar olh pesta tersebut.

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

waalaikummussalam ehsan..

ana lost psal brta tuu.huhu..
ermm...btol siakap ckp kejahilan mnyebabkan Islam dhina oleh org islam itu sndr...bkan yg tak brilmu..ttpi yang brilmu(tak semua)ermm..

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

apa pranan kita?cba sdarkan insan2 yg trdkat dgn kita...mngr dan bg nashat.InsyaALLAH